Masih belum ada daftar pesakit artritis nasional sehingga kini               

Iklan

SEHINGGA kini masih tiada daftar pesakit artritis nasional di Malaysia, kata Presiden Yayasan Arthritis Malaysia (AFM), Dr Ben Cheah.

Ujar Dr Ben Cheah, untuk mewujudkan daftar pesakit, ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan bajet kewangan yang mencukupi agar ia (daftar) sentiasa dikemas kini dan maklumat yang diberi adalah tepat.

Iklan
Iklan

"Pihak AFM sangat berharap dapat mencetuskan minat pelbagai pihak untuk menumpukan semula perhatian dan menghidupkan semula Daftar Artritis Nasional,” katanya.

Berdasarkan rekod, AFM sudah lama ditubuhkan iaitu sejak 2 Disember 1994 lagi.

Iklan

Setakat ini, terdapat satu kumpulan sokongan untuk penghidap pesakit reumatoid artritis (RA).

"Mereka terdiri daripada pesakit-pesakit sendiri dan fungsinya adalah untuk memberi sokongan sosial dan kaunseling kepada pengidap RA. Sesi perbincangan dan aktiviti riadah sering diadakan dalam kalangan pesakit selain kelas senamrobik dan senaman untuk pesakit artritis yang dibimbing oleh pakar fisioterapi,” katanya.

Iklan

Memperincikan lebih lanjut mengenai AFM, ujar beliau objektif penubuhannya adalah untuk memperbaiki lagi kebajikan mereka yang hidup dengan reumatik, artritis dan gangguan lain yang berkaitan dengannya.

"Kami juga menggalakkan kajian, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pencegahan, diagnosis, sebab dan rawatan gangguan artritik dan reumatik,” katanya sambil memberitahu, jawatankuasa eksekutif AFM terdiri daripada ahli perubatan, pesakit dan orang awam.

Dalam pada itu, Dr Ben memberitahu, artritis bukan sahaja boleh berlaku pada mereka yang berusia bawah 16 tahun tetapi boleh melibat semua kumpulan umur.

Bagi mereka yang lebih berusia pula, masalah osteoartritis lebih ketara selain psoriatik artritis dan ankylosing spondylitis.