Setem 10 sen berusia 62 tahun tarik perhatian

Iklan
Setem 10 sen Stadium Merdeka berusia 62 tahun koleksi khas pakar motivasi

SIAPA menyangka setem berusia 62 tahun yang tertulis ‘Kemerdekaan Ulang Tahun Yang Pertama Persekutuan Tanah Melayu’ dikeluarkan pada tahun 1958 itu merupakan koleksi khas bagi memperingati ulang tahun pertama kemerdekaan tanah air.

Memetik laporan media tempatan, pemilik setem itu, Mohd Sidek Roslan, 37, menyifatkan mewarisi setem berusia berabad lamanya daripada arwah bapanya Roslan Selamat itu tidak ternilai harganya.

Iklan
Iklan

Bapanya yang juga seorang bekas tentera telah mengumpul setem dari dalam dan luar negara sejak kecil lagi, katanya yang berkongsi minat yang sama dengan bapanya itu.

Pemilik setem juga merupakan seorang pakar motivasi itu berkata, baginya setem itu tercatat sejarah dan peristiwa yang membuatkannya terkenang akan kesusahan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ketika itu berjuang untuk membebaskan negara daripada dibelenggu penjajah.

Iklan

Iklan

Malah lebih menarik, hobi yang diwarisi daripada bapanya itu turut membuatkannya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan setem yang dikeluarkan Pos Malaysia setiap kali sambutan bulan kebangsaan.

Anak kelima daripada 10 beradik itu turut berkongsi petua untuk menjaga setem yang berusia puluhan tahun agar kualitinya terjaga.

Dalam pada masa yang sama, Mohd Sidek juga berharap bersempena dengan sambutan 63 tahun kemerdekaan pada tahun ini, masyarakat akan lebih bersatu padu dan makmur serta menghayati makna kemerdekaan itu dan kesusahan pemimpin dan perwira negara dahulu untuk mencapainya.