Pesakit kanser otak mohon doakan ibu serta anaknya yang kini berdepan dugaan berat

Iklan
Pesakit kanser otak mohon doakan ibu serta anaknya yang kini berdepan dugaan berat

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpaan yang boleh dikatakan sedang menimpa ibu muda ini, Azlezan Mohd Yusof.

Wanita berusia 36 tahun ini disahkan menghidap kanser itu sejak 2016 selepas  mengalami strok otak.

Iklan
Iklan

Hari ini, beliau memohon semua mendoakan kesembuhan buat bonda tercinta, Rabinah Zaini yang sedang diuji dengan ujian berat di mana tidak boleh  membuang air besar mahupun kecil.

Iklan

Ia mengakibatkan perutnya membesar dan sakit, najis dan air telah melimpah  keluar dari usus.

Kata beliau, mereka sekeluarga ditimpa musibah dengan pelbagai ujian yang  telah Allah berikan.

Iklan

Menurutnya, hari ini hari ke sembilan anaknya yang berusia 14 tahun itu tidak  sihat.

Katanya lagi, sepanjang hari Siti Norhanisah terpaksa uruskan dirinya kerana  terlantar akibat kanser otak serta adik-adik dan dia terpaksa mengemas,  membasuh, memasak juga siapkan segala kerja rumah terlebih dahulu sebelum  mulakan pembelajaran pada setiap malam.

Tambahnya, walaupun ujian diterima amat berat, dia reda.

Dengan ini, beliau memohon orang ramai untuk membantu doakan dirinya, ibu  serta anaknya juga suaminya semoga diberi kekuatan dan kesabaran dengan semua  ujian yang diberikan Allah.

[caption id="attachment_19198" width="1024"] Siti Norhanisah (dua, kanan) bersama ayah dan adik-adiknya.[/caption]