KEBIASAANNYA kita sering melihat gambar selebriti atau ahli politik di salah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan profil pengguna media sosial tertentu.
Kini giliran Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang turut menjadi mangsa siber apabila gambarnya telah disalah guna.
Bagaimanapun apa yang berbeza, gambar bersama nama palsu itu bukan wujud di media sosial, sebaliknya diperakui sebagai salah seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Dr Noor Hisham menerusi akaun Facebook miliknya.
"Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam website mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” tulisnya.
https://www.facebook.com/drnoorhisham/posts/3201515559967874
Tinjauan SinarPlus mendapati, biarpun posting Dr Noor Hisham sudah dibuat sejak semalam, namun syarikat berkenaan masih menggunakan gambar beliau dengan nama Aidan Razif sebagai salah seorang pasukan pengurusan.
Turut sama adalah gambar tiga individu lain yang tidak dipastikan kesahihahnya.