Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa? Ini faktanya…

Iklan
Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa? Ini faktanya…

SEKARANG ramai yang tak sabar nak tahu bila agaknya bangunan baru di tengah-tengah Kuala Lumpur ini akan siap sepenuhnya.

Ketinggiannya mengatasi Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Tun Razak Exchange (TRX).

Iklan
Iklan

Tahukah anda, bangunan itu kalau dah siap, ia akan jadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa!

Mari kita baca bebenang yang dikongsikan Skyscrapers My ini.

Iklan

Rekaannya pula bukan biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan"silhouette" imej Tunku Abdul Rahman sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan"Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.

Iklan

Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja-saja pacak tau,  tapi sebab ia melambangkan tangan Tunku Abdul Rahman.

Bangunan ini dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan  kaca yang membentuk seperti kristal.

Tapak asas menara ni yang berbentuk diamond adalah dari motif Songket  Melayu.

Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula  melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ini dibangunkan dalam 3 fasa.

Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall dan taman rekreasi.  Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama. Fasa 1 dan 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.

Siapa yang gayat, memang kena pejam mata je lah.. Sebab dlm lif ni,  dia ada letak sekali cermin kat belakang Face with tears of joy Kalau korang nak tau, lif tu juga adalah lif panel kaca yang tertinggi  di dunia.

Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 dengan hanya ambil masa 65  saat.

Selain tu, kat bawah menara ni pula ada shopping mall 7 tingkat. Kat luar, ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke  hujung sepanjang Stadium Merdeka.

Nun jauh ke hujung taman pula, disediakan platform untuk orang ramai  ambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau  turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini.

Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan 'light  strip' yang bercahaya dan bergerak dari bucu ke bucu.

Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika  dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.

Bangunan ni dirancang seawal tahun 2009, kemudian mula dibina pada  2014. Bermula dari 2018, menara ini perlahan-lahan naik sampailah  sekarang dah ke paras terakhir.

Tahun 2019, apabila bangunan ni semakin meninggi, ia mula jadi  perhatian.

Menara Merdeka 118 ini adalah pelaburan hartanah untuk PNB yang  memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk 'break-even'.

Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021.  Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan  tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di  dunia.

Namun, ada ura-ura yg mengatakan ketinggiannya akan ditingkatkan  sehingga mencapai 678.9 meter. Yang itu, sama-sama kita nantikan... Ilustrasi berikut adalah perbandingan Merdeka 118 dengan Burj Khalifa  serta beberapa pencakar langit yang lain di dunia.

Sumber : Skyscrapers MY