"Berkat doa ibu dapat pengampunan Agong, ingin buka kedai jahit" - bekas banduan

Iklan
“Sepanjang 20 tahun dalam penjara, ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan awal,” demikian luahan seorang bekas banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

"Sepanjang 20 tahun dalam penjara, ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan awal,” demikian luahan seorang bekas banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

Memetik laporan portal media tempatan, Ahmad, 50, adalah salah seorang daripada 13 banduan di beberapa penjara di Malaysia yang mendapat pengurniaan pembebasan awal daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Sungai Buloh sejak 2000 mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai Pertubuhan Al-Ma'unah.

Iklan

Berkongsi pengalamannya di penjara, Ahmad berkata pada pandangan masyarakat, penjara adalah suatu tempat yang ‘hitam’ namun terdapat juga nilai positif yang boleh dimanfaatkan di sebalik tirai besi seperti mendalami ilmu agama selain mempelajari kemahiran menjahit.

Iklan

Bagi memulakan kehidupan baharu, anak keenam daripada 11 beradik itu merancang untuk membuka kedai jahitan sendiri di rumahnya untuk menjana pendapatan dan kelangsungan hidup serta memberi perhatian kepada ibunya yang uzur sejak tiga tahun lalu.