Sedih kedai dipecah masuk, Ebit Liew doakan penceroboh diberi ‘pelajaran’

Iklan
EBIT LEW

BERITA agak mengejutkan apabila salah satu rangkaian runcit milik penceramah bebas terkemuka, Ustaz Ebit Lew dipecah masuk pada jam 3.30 pagi, kelmarin.

Baru sahaja beroperasi tidak sampai tiga bulan, Elewsmart di Sungai Buloh, Selangor itu menjadi perhatian dan sasaran individu tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Sempat terakam sosok tubuh penjenayah yang menggeledah mesin duit dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis terbabit.

Masalahnya, bukan satu bahkan dua lelaki yang membuat ‘kerja’ tersebut sebelum melarikan wang tunai RM3,600.

Iklan

Tidak cukup dengan itu, tin susu bayi, coklat, gula-gula dan panadol juga turut disamun penjenayah terbabit.

Iklan

Luahan bapa kepada empat anak itu dalam akaun Twitter, @pesanebitlew ternyata membuatkan warganet turut bersedih.

Melalui status dalam akaun Facebook miliknya pula, beliau memaklumkan, dua lelaki memakai topi keledar memecah masuk kedainya.

Rata-rata warganet turut menitipkan ucapan takziah dan berkongsi pandangan supaya insiden sama tidak berulang kembali.

"Pekerja ustaz tinggal duit dalam cash drawer ke? kalau ya, bolehlah ustaz usahakan untuk beli satu peti besi bagi menyimpan duit sale utk hari tersebut, pagi besok terus bank in. Cadangan je Ustaz.”

"Salam Ustaz Ebit. Takziah atas kejadian kecurian. Saya cadangkan Ustaz Ebit beli Burglary Insurance (kecurian oleh pihak luar) dan juga Fidelity Guarantee Insurance (kecurian oleh pekerja) untuk melindungi risiko kecurian terjadi lagi. All the best, Ustaz. Semoga dipermudahkan.”

"Ya Allah,semoga Allah kuatkan semangat dengan dugaan yg menimpa ke atas @ustazebitlew ini. Semoga pelaku jenayah ini bertaubat dan di di hukum dengan kesalahan yg di buat di atas muka bumi ini. Ya Allah kuatkan semangat saudaraku @ustazebitlew ini menempuh dugaanmu Ya Allah.”