Rizman teruja kehadiran Rizqaa, Ruzaini bakal timang cahaya mata sulung

Iklan
rizman ruzaini

MAJORITI pencinta fesyen lokal umum mengetahui pereka dan pengasas jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dan isteri tercinta, Nurida Suraya Mohd Suhaimi selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama, Rizqaa.

Momen manis itu diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram lalu mendapat ucapan tahniah bertalu-talu daripada rakan selebriti dan para pengikutnya pada pagi Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Rizman yang mengusahakan label fesyen bersama rakan kongsi, Ruzaini Jamil turut berkongsi dengan umum maksud nama puteri sulung beliau yang membawa pengertian rezeki dan kurniaan ALLAH SWT.

Iklan

Itu kisah tentang puteri comel Rizman dan isterinya yang selamat diijabkabul pada 13 September 2019.

[caption id="attachment_19504" width="1024"] KEHADIRAN Rizqaa pada Rabu lalu memberi sinar baharu dalam kehidupan rumah tangga Rizman dan isteri, Nurida Suraya. [/caption]

Iklan

Kini pencinta fesyen jenama Rizman Ruzaini juga nampaknya teruja menunggu kelahiran bayi sulung, Ruzaini Jamil dan pasangan, Hidayati Yahya yang dijangka bersalin pada hujung tahun ini.

[caption id="attachment_19506" width="1024"] RUZAINI dan pasangan bakal menimang cahaya mata sulung pada hujung tahun ini.[/caption]

Ruzaini atau nama sebenarnya, Wan Ruzaini Wan Jamil sebelum ini turut menzahirkan kesyukuran apabila ALLAH memakbulkan doa mereka selepas menanti selama empat tahun dengan penuh kesabaran.

‘Frontliner layak sarung PPE terbaik, berkualiti’ – Rizman Ruzaini