Permainan blok tingkat kemahiran sosial, latih kreativiti si kecil

Iklan
kanak-kanak

Oleh MAZLINA MAJID

BAGI menjadikan waktu bermain lebih menarik selain meningkatkan perkembangan kognitif dan kemahiran sosial anak-anak, Toys R Us memperkenalkan rangkaian set mainan Mega Blok First Builders.

Iklan
Iklan

Antaranya ialah Big Building Bag yang melatih keupayaan kognitif dan kreativiti si kecil. Ia mengandungi 80 blok berwarna untuk mereka membina pelbagai bentuk yang dibayangkan.

Bagi memberi pendedahan awal kepada ABC, menyokong perkembangan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif, ibu bapa boleh mendapatkan set ABC Musical Train Building Set.

Iklan

Let’s Get Learning Building Set pula menyokong si kecil belajar mengira dengan menggunakan nombor dan piktogram

Iklan

yang dicetak pada blok.

Set mainan Peek A Blocks menggalakkan peningkatan kendiri bagi membina kemahiran berfikir secara kreatif manakala mainan Eco-Friends menggalakkan si kecil belajar mengenai haiwan.