LEBIH canggih dengan enam pilihan warna dinamik yang cukup menawan. Itu antara ciri menarik Nissan Almera Turbo Serba Baharu yang kini boleh ditempah bermula hari ini pada harga bermula RM80,000 +++.
Apa yang mengagumkan, reka bentuk Nissan Almera Turbo Serba Baharu keluaran negara itu dikatakan memiliki spesifikasi terbaik di ASEAN sekali gus mengalahkan keluaran sama di negara jiran kita, Thailand.
Wow! Menakjubkan, bukan?
Ia turut didatangkan dengan enjin turbo 1.0 liter serba baharu yang dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya, sistem D-Step Logic dan mode Sport.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Christopher Tan berkata, spesifikasi jentera baharu berkenaan menawarkan kuasa tork sehingga 152Nm dan penjimatan bahan api yang cukup menjimatkan dengan satu tangki penuh (35 liter) bersamaan jarak sejauh 650 kilometer.
"Pelbagai inovasi teknikal ditampilkan termasuk pecutan serta-merta apabila sisa (waste gate) elektronik menambah baik mampatan turbo dengan membuka dan menutup injap lebih efisien sekali gus mengurangkan turbo lag.
"Enjin tersebut hadir dengan Teknologi Saduran Gerek Cermin (Mirror Bore Coating Technology) yang diadaptasi daripada teknologi Nissan GT-R,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Nissan Almera Turbo Serba Baharu di ETCM Glenmarie, Shah Alam, Selangor semalam.
Jom kita lihat lebih dekat spesifikasi canggih Nissan Almera Turbo Serba Baharu ini:
- Didatangkan dengan teknologi keselamatan termaju iaitu Nissan Intelligent Mobilitydan Nissan Safety Shield 360 untuk meningkatkan keyakinan ketika memandu.
- Intelligent Forward Collision Warning (IFCW) dan Intelligent Forward Emergency Braking (IFEB) merupakan ciri standard untuk ketiga-tiga varian iaitu 1.0 VL, 1.0 VLP dan 1.0 VLT.
- Varian 1.0 VLT ditambah dengan sistem Blind Spot Warning (BSW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA)dan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD).
- Reka bentuk luaran baharu diserlahkan gril hadapan signatur V-motion dan lampu utama LED berbentuk boomerang.
- Reka bentuk luaran baharu 70mm lebih panjang, 45mm lebar dan 40mm rendah menampakkan keluaran terbaharu seperti sebuah sedan segmen C, tetapi lebih sporty.
- Di ruang kabin, panel instrumen‘Gliding Wing’ terkini tampil dengan sentuhan krom, kemasan piano berwarna hitam dan tekstur bercorak gentian karbon nyata memberikan ambien mewah.
- Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA) dan cagak Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2) dipasang pada semua varian.
Orang ramai dijemput untuk menyertai Prebiu Eksklusif Nissan Almera Turbo Serba Baharu di beberapa bilik pameran terpilih di seluruh negara pada 5 September hingga 6 September dan 11 hingga 13 September.
Pandu uji Nissan Almera Turbo Serba Baharu dan berpeluang merebut peluang memenangi 15 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu.