Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
PADA setiap tahun, Kopi Wonda pastinya ada kejutan istimewa khas untuk peminat jenama kopi terkenal itu.
Meskipun tahun 2020 disifatkan tempoh yang mencabar lantaran penangan pandemik Covid-19, Wonda tetap tampil dengan caranya tersendiri mendekati masyarakat sempena Hari Kopi WONDA Antarabangsa 2020 (IWCD 2020).
Fokus IWCD pada tahun ini adalah untuk mendekatkan rakyat Malaysia, namun pada masa sama, mengekalkan jarak sosial dan terus kekal positif.
Seperti kata Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram, normal baharu yang diharungi kini telah menghalang orang ramai menikmati secangkir kopi dari kampung halaman masing-masing.
Situasi itulah yang telah mencetus idea kreatif Kopi Wonda apabila jenama kopi hebat itu memperkenalkan kopi bercita rasa tempatan.
"Kopi Wonda pada kali ini, menyediakan empat varian terbaharu iaitu Kopi WONDA Sarawak, Kopi WONDA Johor, Kopi WONDA Pulau Pinang dan Kopi WONDA Kelantan. Kopi tempatan diperbaharui eksklusif untuk Hari Kopi WONDA Antarabangsa.
"Tujuannya adalah untuk memastikan pencinta kopi dapat merasa varian rasa tempatan pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada," katanya.
Bagi SinarPlus, Kopi WONDA Johor mengembalikan kenangan penulis saat berkunjung ke kopitiam di daerah Johor Bahru ketika berkerja di negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia itu.
Diadun dengan ramuan biji kopi yang dipanggang dengan sedikit rasa pahit smoky (asap), semestinya pecinta kopi tegar sesuai untuk menikmatinya. Selain rasanya yang sedikit kuat, ia sebenarnya mempunyai karakter tersendiri.
Jika pembaca sekadar mencari kafein, SinarPlus cadangkan untuk membeli setin Kopi WONDA Pulau Pinang. Rasanya tidaklah terlalu manis, namun kaya dengan rasa penuh berkrim dan lebih aromatik.
Kepada yang mahu berjaga malam atau memandu pada jarak jauh, apa kata mencuba Kopi WONDA Sarawak. Kopi lokal cita rasa Bumi Kenyalang itu betul-betul menarik deria rasa dan baunya sedikit tajam.
Seperkara yang menarik perhatian penulis adalah imej pada setiap tin yang menonjolkan warisan seni setiap negeri dengan warna yang berbeza. Ia sekali gus menunjukkan sisi kreatif Kopi WONDA.
Misalnya, kuda kepang dipaparkan mewakili Kopi WONDA Johor, burung kenyalang (Sarawak) dan bangunan bersejarah (Pulau Pinang).
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia.