Giliran Yamani Abdillah tersingkir di pentas Big Stage 2020

Iklan
Yamani Abdillah

PERJUANGAN Yamani Abdillah dalam program program Big Stage 2020 berakhir apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Persembahan Yamani menerusi lagu Mimpi Laila hanya berjaya memperoleh markah sebanyak 62 peratus (%) sekali gus meletakkannya di tangga paling corot.

Iklan
Iklan

Bagaimana pun, Qody Rany yang turut berada di kedudukan tiga terbawah selamat daripada penyingkiran menerusi imuniti yang diberikan pihak juri dan berjaya meneruskan persaingan pada konsert minggu seterusnya.

Peserta lain yang turut melangkah ke minggu kelima ialah Usop, Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid, Nana Sheme, Farisha Iris dan Hafiz Zainal.

Iklan

Sementara seorang lagi peserta, Sandra Dianne tidak dapat beraksi pada konsert minggu ini kerana terlibat dengan kemalangan pada petang Sabtu.

Kesemua peserta yang bertanding dalam Big Stage 2020 diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Ajal, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Manakala Joe Flizzow pula bertindak sebagai juri jemputan, selain Elly Mazlein yang mengisi kerusi Presiden Netizen.

Iklan

Program yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 16 Ogos lalu.