FUH segarnya! Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat hasil sentuhan dekorasi laman dan rumah dipenuhi tumbuhan hidup.
Bukan mudah untuk menampilkan seni hiasan dengan pokok hidup di dalam rumah. Banyak faktor yang perlu diberi tumpuan.
Namun ia tidak mustahil bagi seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Affendi Isa, yang berjaya membuktikan apabila menggunakan konsep 'hutan rimba' di aras 16, Presint 8, Putrajaya.
[caption id="attachment_19792" width="1024"] Cantik kan bila bangun pagi jer nampak pemandangan cantik macam ni.[/caption]
Katanya kepada SinarPlus, beliau memang sangat suka kepada interior design.
Menurutnya, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya dengan menambah tanaman sehinggalah di dalam rumah.
Katanya Affendi juga, memiliki anak-anak kecil juga bukan penghalang untuk berdeko.
Artikel berkaitan: Langkah berhemat penggunaan air, mampu membantu di saat hadapi gangguan bekalan!
Katanya lagi, setiap pokok ada cara penjagaan yang berbeza.
[caption id="attachment_19795" width="1024"] Semua pokok disiram dan diletakkan di luar sebelum Affendi pulang bercuti di kampung.[/caption]
[caption id="attachment_19796" width="1024"] Suasana awal pagi. Walaupun rumah duk dalam hutan batu, tp kita cuba bawa aura ‘hutan rimba’ dalam rumah, untuk udara segar pada awal pagi![/caption]
Tip cara menanam pokok dalam rumah:
1. Sesuaikan pokok dengan keperluan cahaya. Ada pokok suka kena matahari direct dan ada yang tak suka.
Contoh: Kaktus suka matahari direct so kena letak luar rumah, tapi pokok Calathea tak suka matahari direct so boleh letak dalam rumah yang ada cahaya terang.
2. Siram hanya bila tanah betul-betul kering atau pokok ada tanda-tanda perlukan air seperti daun layu atau bergulung. Air berlebihan boleh menyebabkan akar rosak. Siram sikit-sikit sahaja bagi tanah basah, perlu sampai melimpah.
3. Medium tanah yang poros - campuran tanah, batu, perlite dan pumice, saya buat sendiri. Tapi boleh juga yang dah premix dijual dekat nurseri. Pokok indoor (tak semua) biasanya tidak suka air bertakung lama.
4. Pastikan pasu ada lubang. Tapi boleh juga yang tak ada lubang, pastikan tahu buat layer kat dalam pasu untuk filteration dan ventilation.
5. Baja - recommend baja yang slow release.
6. Pastikan air tak bertakung utk elakkan nyamuk
7. Guna serbuk insecticide untuk halang serangga seperti semut, ulat yang hidup dalam tanah.
Tip siram pokok supaya tidak mengotorkan lantai:
1. Gunakan alat penyiram yang ada muncung, supaya air terus di siram ke dasar pokok/tanah bukannya ke daun. Kalau ke daun, air akan melimpah ke atas lantai. Lainla kalau pokok-pokok yang kat laman rumah atas tanah, boleh siram terus ke daun-daun pokok.
2. Jangan siram dengan banyak, memadai untuk basahkan tanah. Pokok-pokok yang ditanam dalam pasu/container tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok-pokok yang ditanam atas tanah di laman rumah. Air yang banyak boleh menyebabkan akar pokok mati.
3. Gunakan pasu yang sesuai sama ada yang jenis ada pelapik atau gunakan pasu dua lapis sebagai pasu pendua yang tiada lubang di dasarnya.
4. Pastikan tempoh siraman mengikut keperluan pokok. Ada pokok perlu siram tiap-tiap hari dan ada yang perlu siram 3-7 hari sekali.
5. Misting atau semburan kabus elok dibuat 2-3 kali seminggu ke daun-daun pokok. Semburan misting ni tak menyebabkan air meleleh keluar ke lantai balkoni.
Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengalaman Affendi semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan inspirasi dan bermanfaat buat semua.