Asam pedas ikan sembilang kaw versi campak-campak

Iklan
Asam pedas ikan sembilang kaw versi campak-campak

SEBUT sahaja masakan asam pedas, semestinya kita teringatkan Melaka dan Johor kan?

Di sana masakan asam pedas ini merupakan hidangan Melayu yang sangat popular.

Iklan
Iklan

Namun, menu ini terdapat juga di negeri-negeri lain dengan cara masakan yang berbeza.

Ia bergantung kepada cita rasa masing-masing dan sudah pastinya rasa dan tekstur pun berbeza.

Iklan

Kali ini SinarPlus kongsikan menu asam pedas ikan sembilang yang kaw tapi versi campak-campak.

Antara menu lain boleh dimasak asam pedas ini seperti ikan kembung, pari, parang, tenggiri, merah, siakap dan juga ayam.

Iklan

Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Ikan sembilang (dipotong dan dibasuh bersih)
  • Cili kering 1 mangkuk (direbus dan di kisar)

Bahan A.

  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 4cm
  • Belacan 3cm
  • *Bahan A dikisar sekali

Bahan B.

  • Asam gelugur/keping 6 keping
  • Daun kesum
  • Bendi dan tomato (jika suka)
  • Garam
  • Gula Melaka
  • Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan masukkan semangkuk cili kering. Tumis seketika.

2. Masukkan bahan kisar A. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.

3. Setelah garing masukkan garam dan gula melaka. Agak-agak masin dan manis itu ya.  Masukkan daun kesum. Tambah sedikit air. Biarkan menggelegak seketika.

4. Masukkan ikan sembilang. Tambah air sedikit-sedikit sehingga tenggelam sedikit ikannya. Jika menggunakan ikan lain, hati-hati untuk tidak hancur ikannya.

5. Masukkan asam keping/ gelugor

6. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Nampak sedikit pekat masukkan bendi dan tomato.

OK siap untuk dinikmati. Asam pedas ini bertambah sedap jika dimasak 3 atau 4 jam sebelum makan. Lagi pekat lagi lazat.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!