Daging penyu boleh bawa maut! - Pensyarah Biologi Marin

Iklan
Awas penggemar makanan eksotik! Daging penyu boleh membawa maut!

BUKAN sahaja telurnya yang diburu, malah kini daging penyu juga menjadi antara rebutan penggemar makanan eksotik dari dalam dan luar Negara.

Namun, menurut Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Muhammad Hafiz Borkhanuddin berkata, daging penyu boleh menjadi punca terjadinya penyakit kronik yang mampu menyebabkan kematian.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, beliau berkata, ini kerana penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.

"Ini boleh mengakibatkan kesan toksik termasuk penyakit ginjal, barah hati dan kesan perkembangan pada janin dan kanak-kanak.

Iklan

"Selain itu, daging penyu juga mempunyai bakteria, parasit, biotoksin dan tempat pengumpulan bakteria yang terhasil daripada pencemaran alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amalan memakan daging penyu oleh penggemar makanan eksotik.

Iklan

Ketika ini, daging penyu dijual melalui pasaran gelap bagi memenuhi permintaan peminat makanan eksotik di dalam dan luar negara yang turut menjadikan Malaysia sebagai lokasi mendapatkan haiwan terancam itu.

Muhammad Hafiz berkata, daripada perspektif parasitologi, terdapat banyak laporan yang merekodkan kehadiran telur dan cacing parasit pada penyu seperti cacing ‘trematoda’.

Ini sekali gus menunjukkan risiko jangkitan akibat memakan daging penyu memang berlaku, seterusnya memberi indikasi bahawa cacing dewasa mampu membiak di dalam badan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Katanya secara am kesan kesihatan yang dilaporkan akibat memakan daging penyu atau telurnya yang dijangkiti patogen zoonotik termasuklah cirit-birit, muntah dan dehidrasi melampau yang boleh menyebabkan kematian.

-- BERNAMA