NAMAKU Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman.
Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.
Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh. Aku tidak menetapkan kadar bayaran, terserah pada ihsan pelanggan, mereka yang menentukan.
Aku hanya memudahkan urusan mereka dan berharap Allah memudahkan urusanku pula.
Aku reda dan pasrah, yang penting aku tidak melakukan kerja salah. Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.
Semoga kita sama-sama mendapat hikmah, pengajaran dan iktibar. InshaAllah...
Begitulah perkongsian Edlee Abd Rahman kepada SinarPlus berkenaan budak baru berumur 10 tahun namun sudah bekerja di pasar.
Sesiapa berkunjung ke Pasar Lahad Datu bolehlah mendapatkan khidmatnya atau memberikan sebarang bentuk bantuan untuk anak ini.
Bekerja di awal usia untuk mencari rezeki halal.
Artikel berkaitan: ‘Terkejut saya cikgu maklum gambar menang lagi dalam pertandingan..’ – Syukor Khamis
Perkongsian pada facebook milik peribadinya mendapat 300 perkongsian, 600 like dan 100 komen.
Melalui posting tersebut, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat Amat.