Hentikan ‘salam tumbuk’, jangan ambil risiko!

Iklan
Hentikan ‘salam tumbuh’, jangan ambil risiko!

SEJAK penularan pandemik Covid-19, orang ramai digalakkan tidak lagi berjabat tangan untuk mengelakkan berlakunya sentuhan sepertimana yang kita tahu virus tersebut mampu berjangkit melalui sentuhan.

Seperti di London, media pernah melaporkan masyarakat di sana mengamalkan 'salam siku' untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Iklan
Iklan

Di Malaysia pula trend orang ramai ketika ini melakukan 'fist bump' atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa yang disifatkan sebagai cara baharu untuk menyapa antara sama lain.

Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, perbuatan tersebut perlu dielak!

Iklan

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata, orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu juga membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan

Untuk pengetahuan korang, ketika berjabat tangan, individu memindahkan dua kali ganda jumlah bakteria berbanding 'fist pump' atau 'high-five'.

Walaupun bakteria yang mampu tersebar rendah berbanding dengan bersalaman, risikonya juga tetap sama.

Di Itali, Menteri Kesihatan, Olivier Veran juga menasihatkan orang ramai supaya tidak berpeluk atau bercium sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut.

Salam siku atau elbow bump pula mula diguna pakai oleh rakyat Liberia ketika serangan wabak Ebola selepas doktor mendakwa 80 peratus daripada selesema, demam dan jangkitan pernafasan disebarkan melalui tangan.

Jadi, sama-sama lah kita mengamalkan perbuatan dengan metakkan tangan kanan di dada kiri sebagai tanda hormat dengan ucapan salam, menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), serta sentiasa membawa penutup mulut dan hidung.

Jadi, berhati-hati. Mencegah jauh lebih baik daripada merawat!