#OOTD di pulau persis fesyen selebriti popular

Iklan
fesyen

SEPERTI kita sedia maklum kerajaan belum membuka pintu sempadan negara susulan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa di seluruh dunia.

Ia berikutan penularan virus jahat di kebanyakan negara belum reda. Bahkan, negara kita juga masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 31 Disember depan.

Iklan
Iklan

Pun begitu, tidak berpeluang ke luar negara bukan penghalang untuk kita bercuti menenangkan fikiran dan bersantai bersama teman dan famili. Kita masih boleh menerokai keindahan destinasi berkonsepkan Cuti-Cuti Malaysia antaranya di pulau-pulau popular.

Justeru, lupakan seketika kebiruan Pulau Maldives kerana negara kita juga mempunyai ratusan pulau jernih, cantik dan mempesonakan pandangan mata. Inilah masanya kaki #OOTD melaram demi kepingan foto berlatarkan panorama pulau yang memukau.

Iklan

Bagi wanita yang kekeringan idea memilih busana ideal untuk digayakan di pulau, mungkin fesyen selebriti lokal boleh dijadikan rujukan. Antaranya ialah:

Kaftan persis Che Ta

Iklan

Rozita Che Wan atau Che Ta antara pelakon yang cukup menitikberatkan soal penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bijak menyarungkan pakaian mengikut destinasi yang dikunjungi. Ketika mengunjungi Pulau Perhentian baru-baru ini isteri kepada Zain Saidin tersebut nampaknya lebih selesa menggayakan koleksi kaftan variasi corak berasaskan fabrik ringan.

Bagi menyuntik gaya yang ekstravaganza jangan lupa suai dan padan bersama topi pantai saiz besar dan cermin mata hitam ya. Siapa kata wanita berhijab tidak boleh bergaya?

Nabila Huda gadis pulau

Siapa tak kenal dengan pelakon berkaliber, Nabila Huda yang lebih cenderung memilih pakaian santai dan kasual ketika menghabiskan masa di pulau.

Cuba perhatikan koleksi foto beliau yang dimuatnaik dalam laman sosial Instagram ketika bercuti bersama famili di Pulau Perhentian Kecil pada minggu lalu.

Kombinasi dres mini bermotifkan flora dan sekuntum bunga diselitkan di telinga secara tidak langsung membuatkan penampilan anak perempuan kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu tak ubah seperti gadis manis di pulau Hawaii.

Gaun polos pilihan Scha

Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya pula gemarkan gaya konsep simple. Lihat sahaja penampilan beliau tatkala bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi sekitar bulan Julai lalu.

Biarpun memilih dres polos tanpa sarat perincian atau corak, tetapi penampilan Scha yang sedang hamil anak kedua masih kelihatan menawan.

Masakan tidak, gaun yang digayakan bukan sahaja memiliki potongan puff pada lengan, malah teknik beralun pada bahagian leher.

Jadi, apa lagi, jom la bercuti dan #OOTD di dalam negara.