Kluster Sungai Kedah dan Perlis - 14 lokasi di Langkawi telah dilawati individu positif Covid-19, hati-hati!

Iklan
LANGKAWI terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.

BARU-BARU ini media melaporkan seorang individu telah disahkan dijangkiti Covid-19 Kluster Sungai Kedah dan Perlis yang kini semakin heboh diperkatakan.

Apa yang membimbangkan orang ramai adalah individu tersebut dilaporkan telah melawati 14 lokasi di sekitar Langkawi seminggu sebelum dia dilaporkan positif Covid-19.

Iklan
Iklan

Namun, memetik laporan portal media tempatan, pihak berkuasa telah pun mula menjalankan ujian saringan terhadap kontak rapat individu tersebut dan orang-orang yang mempunyai kontak dengan individu itu juga telah diminta untuk membuat ujian di Klinik Kesihatan Kuah semalam.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin berkata, siasatan menemui yang mana individu itu telah bercuti di pulau tersebut pada 5 September dan pulang pada keesokan harinya.

Iklan

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan salah seorang kakitangan kesihatan yang disahkan positif Covid-19 dalam Kluster Sungai di Kedah dan Perlis telah menjangkiti tujuh ahli keluarganya.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan seramai 23 kakitangan kesihatan telah dikesan positif virus itu melibatkan kluster tersebut.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 100 kes baharu Covid-19, 22 kes baharu dikesan dalam Kluster Sungai.

Setakat ini, seramai 479 individu masing-masing dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah disaring.

Daripada jumlah tersebut, jelas Dr Noor Hisham, 25 kes dikesan positif di Kedah dan satu kes di Perlis.