Pelakon handalan hidupkan inspirasi kisah benar Frontliner

Iklan
Untitled design

KISAH benar pengorbanan dan perjuangan frontliner sepanjang tempoh sukar negara melawan wabak Covid-19 bermula Mac lalu menjadi inspirasi kepada D’Alphalegacy (M) Sdn Bhd untuk mengangkat cerita wira negara itu.

Buah tangan terbaharu syarikat produksi ini turut mendapat sentuhan kreatif A’minahtul Marrdiah selaku penulis skrip dan diarahkan oleh sutradara berkaliber, Razif ‘Ajiboy’ Rashid.

Iklan
Iklan

Filem televisyen (FTV) Frontliner dijangka bersiaran menerusi Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini. Ia dibintangi barisan pelakon hebat iaitu Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Achey, Shamsul Danish, Black, Ashraf Muslim, Zul Handy Black dan Meerqeen.

Menurut A’minshtul yang juga Pengarah D’Alphalegacy, idea untuk menghasilkan Frontliner itu tercetus daripada perbualan kosong ketika penggambaran telefilem Kluster.

Iklan

"Kami juga sedia maklum bahawa kekuatan sesebuah kandungan itu diukur bukan sahaja berdasarkan kualiti produksi yang bermutu tinggi serta naratif penceritaan kuat tetapi juga harus disokong dengan kehadiran nama-nama handalan yang mampu ‘berhubung’ dengan penonton menerusi watak yang mereka terjemahkan dalam bentuk lakonan berkesan.

"Selaku penerbit dan penulis skrip Frontliner, saya sudah pun membayangkan siapa pelakon sesuai yang akan membawakan watak tertentu sewaktu idea mengenainya tercetus,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Frontliner di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, pengarahnya, Razif ‘Ajiboy’ Razif berkata, Frontliner bukan hanya tertumpu kepada pengorbanan pejuang barisan hadapan di lapangan tetapi lebih kepada konflik dalaman yang dialami mereka.

"Cabaran dan tanggungjawab yang harus mereka pikul amat berat. Namun, mereka harus kuat dan tabah untuk terus berjuang.

"Mesej utama yang ingin disampaikan ialah tidak kira apa sahaja dugaan, kita tidak boleh menghukum seseorang kerana setiap masalah pasti ada sebabnya,” jelasnya.

Naskhah Frontliner diInspirasikan daripada pelbagai kisah benar seperti pengorbanan seorang ibu yang sakit tetapi harus membenarkan anak berkorban demi negara, kisah seorang suami yang bertugas sebagai pegawai polis dan pengorbanan seorang doktor.