Hampir seminggu koma, Sandra Dianne meninggal dunia

Iklan
Sandra Dianne - Big Stage 2020

SELEPAS hampir seminggu koma, penyanyi dan juga peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi Jumaat.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak Sabtu lalu selepas mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu lalu.

Iklan
Iklan

Penyanyi kelahiran Sabah itu merupakan artis naungan syarikat rakaman Sony Music dan dikenali ramai menerusi lagu Hey Kau.

Berita duka tersebut dikongsi rakan-rakan seperjuangan Sandra dalam program Big Stage 2020 menerusi laman Instagram masing-masing awal pagi tadi, diikuti rakan-rakan artis yang turut terkesan dengan pemergian mengejutnya itu.

Iklan

Salam takziah daripada Sinarplus buat keluarga Sandra dan mohon kita semua mendoakan agar roh Allahyarhamah Sandra dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

 

Iklan

(FOTO: Instagram Sandra Dianne)