JENAZAH Sandra Dianne yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya, kira-kira jam 1 pagi, Jumaat akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.
Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan.
Iklan
Iklan
"Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meninggal dunia pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.
"Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran.
"Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah," katanya.
Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta yang dipandu Allahyarham Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Allahyarham yang sebelum itu pernah menyertai Mentor Legend 2014 dan menjadi protege kepada Dayang Nurfaizah cukup popular dengan lagu Hey Kau!
Artikel Berkaitan