5 kawasan terjejas teruk banjir kilat, kedai mamak tenggelam tapi pelanggan tetap setia nikmati hidangan

Iklan
5 kawasan terjejas teruk banjir kilat, kedai mamak tenggelam tapi pelanggan tetap setia nikmati hidangan

HUJAN lebat yang bermula kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam mengakibatkan lima kawasan di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terlibat banjir kilat adalah Lebuh Ampang di pusat bandar, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Lorong Air Leleh (Setapak) dan, Jalan Gurney serta Jalan San Ah Wing (Semarak), Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal akhbar tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian banjir kilat jam 4.25 petang.

Iklan

Sementara itu Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, air naik setinggi satu hingga tiga meter di kawasan terjejas banjir kilat.

Iklan

Setakat ini, seramai 15 mangsa yang terperangkap akibat banjir di Jalan Gurney dan Kampung Periuk di Jalan Raja Alang telah diselamatkan bomba.

Melalui beberapa keping photo yang kini dilihat tular di laman sosial juga melihat paras air yang naik ada yang sehingga paras pinggang.

Paling mendapat perhatian warganet sekeping gambar yang mana lokasi dipercayai sebuah kedai mamak di ibu kota Kuala Lumpur. Dah macam pulau air naik sampai paras lutut tapi pelanggan tetap setia menikmati juadah makanan.

Banjir-banjir juga, perut mesti kena isi ye tak?