Menu jantung pisang- mudah, murah, sedap

Iklan
Menu jaunting pisang- mudah, murah, sedap

JANTUNG pisang boleh makan ke? Itu antara pertanyaan anak-anak kita yang tidak tahu bahawa selain daripada pisang, jantung pisang juga sedap dimakan.

Di bandar mungkin jantung pisang ini agak sukar untuk didapati tetapi di kampung, agak mudah untuk mendapatkannya.

Iklan
Iklan

Jantung pisang mempunyai pelbagai khasiat seperti mampu membantu mencegah kolesterol. Jantung pisang juga meningkatkan produksi sel darah merah. Kandungan di dalam jantung pisang yang mengandung zat besi, sehingga berupaya menambah kandungan hemoglobin dalam darah.

Ada pelbagai resipi yang boleh dibuat dengan jantung pisang ini seperti yang dikongsikan di media sosial secara ringkas. Jom kita cuba.

Iklan

Masak lemak cili api

Rebus sekejap. Potong kasar-kasar, ketepikan.

Iklan

Tumbuk cili api dan kunyit hidup. Hancurkan.

Hiris bawang besar sikit..

Ikan bilis

Asam keping

Santan pekat.

Garam

Masukkan sekali semua.

Didih dah masak

*

Rebus dan kemudian cicah sambal belacan paling senang.

*

Cita rasa kota singa, rebus kemudian bakar dan cicah sambal asam

*

Rebus potong kasar-kasar kemudian ketepikan

Potong bawang besar

Potong cili api

Garam

Perah limau

Santan yang diperah dengan air masak atau masakkan sekejap.

Campur dalam semua yang di atas, perasakan dengan garam.

*

Lemak cili api siput sedut (kalau orang Kedah siput bendang) dan kemudian letak jantung pisang di dalam gulai lemak tu. Sedap.

*

Potong empat dan rebus

Bahan cicah:

1. Kacang tanah goreng

2. Cili padi ikut pedas, bawang putih seulas, belacan sedikit digoreng

Tumbuk bahan-bahan ini, masukkan gula, garam, perasa dan air asam yang dibancuh dengan air panas. Rasa dan siap.

Terima kasih kepada semua yang berkongsi resipi jantung pisang ini. Cukup mudah kan?