6 faktor mulut berbau yang perlu dielakkan

Iklan
mulut gigi

PERASAN atau tidak, selama ini kita mungkin kurang menitikberatkan aspek penjagaan dan kesihatan mulut sehinggalah berlakunya penularan Covid-19.

Persoalannya, apa pula kaitan virus tersebut dengan masalah bau mulut? Jawapannya mudah!

Iklan
Iklan

Cuba perhatikan bagi memerangi virus yang belum ditemui penawarnya itu, masyarakat bukan sahaja dinasihatkan supaya sentiasa membasuh tangan, malah wajib memakai pelitup muka.

Iklan

Justeru, bagi mengatasi masalah bau mulut daripada terus berlarutan, kita perlu menitikberatkan beberapa perkara yang mendorong daripada berlakunya masalah bau mulut.

[caption id="attachment_20345" width="1024"] MASALAH mulut berbau dapat diatasi menerusi penjagaan kebersihan mulut dan pemilihan pemakanan yang betul.[/caption]

Iklan

Berikut adalah punca utama masalah mulut berbau:

1) Lidah

Bahagian ini adalah faktor utama permasalah terbabit. Oleh itu, gosok lidah menggunakan berus gigi atau berus lidah.

Pada masa sama, gunakan juga ubat kumur yang bertindak membantu bersihkan keseluruhan mulut.

2) Makanan rendah karbohidrat

Siapa sangka masalah nafas berbau turut berpunca melalui penjagaan pemakanan.

Apabila korang mengamalkan diet rendah karbohidrat, maka badan akan membakar lemak sehingga melepaskan zat kimia yang disebut ketone.

Ketone tersebut kemudiannya dikeluarkan melalui air kencing, sekali gus membuatkan mulut berbau.

3) Ulser perut

Ulser perut sendirian tidak menyebabkan bau, tetapi bakteria penyebab H Pilori yang menyebabkan nafas berbau.

4) Buah kering

Kurma, kismis, prun adalah tinggi gula dan bakteria yang menyebabkan masalah bau sukakan kondisi ini, apatah lagi apabila ia melekit dan melekat pada celah gigi.

Pastikan korang rajin melakukan floss gigi selepas makan buah-buahan kering tersebut.

5) Batu tonsil

Ia berwarna putih terbentuk daripada bakteria, sisa makanan, sel mati dan mukus. Bagi mengelakkan batu tonsil mewujudkan masalah bau mulut, kita disarankan kumur dengan air garam.

6) Gigi berlubang

Gigi berlubang atau tampalan yang retak jangan dibiarkan tanpa rawatan. Segera berjumpa doktor gigi sebelum mudarat khususnya menyebabkan bau mulut.

Ingat tau, jangan terlalu obses dengan kecantikan wajah dan bentuk badan langsing, tetapi kesihatan mulut diabaikan.

Sumber Facebook @publichealthmalaysia