Rupanya virus penyebab cacar air terus hidup dalam badan, boleh berubah jadi kayap

Iklan
cacar air

BERSAMA DR HON SAI KIT,

Pakar Pediatrik Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur

Iklan
Iklan

SOALAN

SAYA pernah mengalami cacar air ketika berusia empat tahun. Tahun ini saya bakal menginjak umur 30 tahun pada bulan Disember depan.

Iklan

Kemusykilan saya kini, adakah kenyataan mengatakan seseorang yang pernah dijangkiti cacar air pada usia kanak-kanak berisiko mengalami semula penyakit sama apabila dewasa?

Selain itu, saya juga difahamkan orang dewasa yang mengalami cacar air turut berisiko mendapat komplikasi teruk. Apakah yang dimaksudkan dengan komplikasi tersebut doktor?

Iklan

- KHAIRIL FAYYADH, Ipoh, Perak.

JAWAPAN:

LAZIMNYA, individu akan menghidap cacar air sekali seumur hidup. Penyakit tersebut jarang berulang walaupun

seseorang itu mengalami jangkitan pertama ketika usia dewasa. Tanda-tanda gejala pun tidak ketara.

Bagaimanapun, perlu diketahui virus varicella zoster yang menyebabkan cacar air boleh terus kekal hidup dalam badan selama bertahun-tahun sebelum ia berubah menjadi penyakit kulit dan saraf dikenali sebagai kayap.

Pun begitu, jangkitan berkenaan biasanya dialami kelompok yang mempunyai sistem ketahanan badan rendah sehingga memerlukan rawatan di wad.

Bagi orang dewasa, simptom dijangkiti cacar air selalunya bermula antara hari ke-10 hingga ke-15, selepas terdedah dengan kontak yang mengalami penyakit terbabit.

Tanda awal jangkitan adalah seperti demam, sakit badan, sakit tekak, kurang selera makan dan diikuti ruam kulit atau bintik merah berisi cairan yang gatal dalam tempoh 24 jam.

Apabila bintik berisi cairan terbabit timbul, maka ia mengambil masa sekurangkurangnya empat hari untuk berhenti.

Ruam kulit akan mengering, menjadi kuping dan menggelupas dalam tempoh antara satu hingga dua minggu. Jika hal itu berlaku, bermakna anda telah bebas daripada penyakit cacar air.

Justeru, sepanjang proses untuk sembuh, selain pengambilan ubat-ubatan di bawah nasihat doktor, aspek pemakanan juga harus dipertimbangkan.

ARTIKEL BERRKAITANCacar air, demam campak penyakit berbeza. Kenali gejalanya pada anak-anak

Makanan yang dicadangkan adalah kategori makanan sihat dan neutral. Cuba elak makanan terlalu masin, masam atau pedas yang boleh menyebabkan ketidakselesaan mulut, tekak dan perut khususnya untuk pesakit yang turut mengalami simptom pada organ tersebut.