Kerbau Syukor mati, Datuk Dr Zulkifli titip pesanan dan doa

Iklan
25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak

MELALUI instagram syukor_khamis, remaja ini berkongsi berita sedih apabila memaklumkan bahawa beberapa ekor kerbau kesayangannya telah mati.

Difahamkan kematian lebih kurang 25 ekor kerbau milik keluarganya itu mungkin disebabkan oleh wabak seperti yang dinyatakan sendiri oleh Syukor.

Iklan
Iklan

Syukor juga memohon doa daripada semua agar musibah ini segera berakhir.

Iklan

Iklan

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meluahkan rasa sedih terhadap perkara yang menimpa Pak Khamis, Syukor dan keluarganya.

Selain itu, beliau turut menitipkan pesanan.

Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Semoga Pak Khamis, Syukor dan seluruh ahli keluarganya tabah dengan dugaan ini.