Covid-19: Sebar berita palsu, boleh dipenjara atau denda RM50,000

Iklan

HARI ini merupakan hari kesembilan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan ia akan dilanjutkan sehingga 14 April akan datang.

Berkisar mengenai itu, pelbagai media dan individu pakar giat berkongsi dalam menyampaikan maklumat mengenai Covid-19 dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

Tinjauan atas talian mengenai capaian maklumat pandemik Covid-19 mendapati:

1. 95.4% dapat capai maklumat dengan baik.

Iklan

2. Sumber maklumat yang dicapai melibatkan:

i. Media massa (83.3%)

Iklan

ii. Media sosial (79.9%)

iii. Siaran langsung Perdana Menteri (77.8%)

3. Jenis maklumat yg dicapai:

i. Jumlah kes (95%)

ii. Taburan kes (90.8%)

iii. Ujian/saringan Covid-19 (79.5%)

iv. Maklumat rawatan (79.5%)

v. Dasar kawalan kes (91.2%)

vi. Penutupan premis awam (98.3%)

vii. Penutupan premis swasta (95%)

Oleh itu, penyebaran maklumat penting seperti isu Covid-19 perlu disampaikan dengan proaktif dan penting sekali, orang ramai janganlah mudah percaya dengan penyebaran berita palsu.

Tindakan tegas akan diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekang berita palsu mengenai wabak Covid-19.

Kesalahan tersebut boleh memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Tidak pasti jangan kongsi! Jangan sebarkan berita yang belum ditentusahkan.

Sumber: Ibrahim Hamzah, Pengerusi Eksekutif Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

* Jantina tidak mempengaruhi hasil kajian yang dijalankan.

*Melibatkan 233 orang pekerja sebuah syarikat berumur di antara 20 hingga 65 tahun.