Hatta guna kain perca hasilkan koleksi topi, pouch bag

Iklan
hatta dolmat

ISU lambakan sisa tekstil di tapak pelupusan sampah yang mencatatkan sebanyak 195,300 tan setahun telah menyuntik idea terhadap pereka fesyen, Hatta Dolmat.

Dalam usaha mengurangkan jumlah sisa fabrik di tapak pelupusan terbabit anak kelahiran Melaka tersebut mengambil inisiatif menghasilkan koleksi busana berasaskan kain perca untuk kelestarian alam sekitar.

Iklan
Iklan

Hatta yang mula berjinak-jinak dengan fesyen lestari sejak tahun 2015 memberitahu, menerusi projek tanggungjawab sosial itu beliau telah menghasilkan hampir 200 topi bucket daripada kain lebihan baju kurung, selain beg pouch menggunakan fabrik koleksi baju Beetle.

[caption id="attachment_20644" width="1024"] KREATIF. Hatta menggunakan kain lebihan daripada koleksi Beetle untuk dihasilkan beg pouch. [/caption]

Iklan

Beliau mempraktikkan kaedah upcycle yang menggunakan barangan terpakai tanpa sebarang proses kimia, sekali gus mengurangkan pengeluaran karbon atau bentuk pencemaran.

Iklan

"Secara tidak langsung tindakan sedemikian boleh mencemarkan alam sekitar," katanya yang berpengalaman 15 tahun dalam industri fesyen.

[caption id="attachment_20645" width="1024"] BAGI mengurangkan jumlah sisa fabrik di tapak pelupusan sampah pereka kelahiran Melaka itu menghasilkan topi (kanan) berasaskan kain perca baju kurung (kiri) rekaannya.[/caption]

Cerita lanjut, Hatta turut memaklumkan bahawa golongan pereka fesyen kini bukan sahaja bertanggungjawab mencipta busana indah, namun perlu beretika dan prihatin pada setiap penghasilan pakaian untuk jangka masa panjang.

Sumber: Bernama dan @hattadolmatofficial