Ade Firman Hakim meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Ade Firman Hakim - Pelakon Indonesia

PELAKON popular Indonesia, Ade Firman Hakim, 32, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Covid-19, pada Isnin.

Menerusi laporan portal hiburan di Indonesia, adik kepada Firman, Dai Tirta, memaklumkan, abangnya itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.20 petang semalam.

Iklan
Iklan

"Iya (meninggal) diduga Covid-19. Meninggal pukul 5.20 sebelum Maghrib," katanya.

Allahyarham dikatakan tidak sihat sejak seminggu lalu dan dirawat di Hospital Tarakan, Jakarta Pusat.

Iklan

"Minggu lalu keadaan kesihatannya tidak begitu baik, tetapi dia masih pegang telefon untuk menghubungi rakan-rakannya walaupun saya melarang.

"Bagaimanapun apabila melihat keadaanya semakin teruk, saya terus bawa ke hospital dan suspek Covid-19," ujar Tirta lagi.

Iklan

Difahamkan jenazah Allahyarham akan disempurnakan mengikut prosedur untuk pesakit Covid-19 dan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.

Allahyarham mula aktif dalam bidang seni pada tahun 2008 dan membintangi deretan filem seperti Soekarno: Indonesia Merdeka (2013), Guru Bangsa: Tjokroaminoto (2015), Kalam Kalam Langit (2016), Bid'ah Cinta (2017), 22 Menit (2018), Kelam (2019) dan lain-lain.

 

(FOTO: Instagram Ade Firman Hakim)