Aliff Aziz dipenjara dua minggu, denda RM1,500

Iklan
Aliff Aziz dipenjara dua minggu, denda RM1,500

PENYANYI Aliff Aziz telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 ($500) atas tuduhan mencuri serta berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 29, mengaku bersalah atas tuduhan yang dilakukan pada 7 Ogos tahun lalu itu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan The Straits Times Singapura, mahkamah diberitahu Aliff telah bertemu dengan pelakon Indonesia Raja Yunika Perdhana Putri, 32, di bilik hotelnya.

Sebelum meninggalkan bilik, Aliff telah mencuri wang tunai sejumlah RM915 ($300) dan RM285 (1 juta rupiah).

Iklan

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw, Aliff mengakui bahawa dia telah mencuri wang tersebut kerana -"dia memerlukan wang".

Sementara itu, dalam satu kes lain yang tidak berkaitan, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchard Towers sekitar jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Iklan

Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat Aliff menjerit dengan kuat.

Aliff kemudiannya ditangkap setelah dia dilihat bertengkar dengan seseorang.

Aliff bukan sahaja popular di Singapura tetapi juga di negara kita.

Antara lagu popularnya adalah Sayang Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku.

Aliff telah berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah dan mempunyai dua orang anak.