Berjasa sambut 6 orang anak, Norman Hakim zahirkan berita duka kehilangan doktor kesayangan

Iklan

SETIAP yang hidup pastinya akan dijemput Illahi. Tidak kira cepat atau lambat, ia adalah sesuatu yang pasti. Tanpa diduga, tengah hari semalam, selebriti Norman Hakim memaklumkan khabar sedihnya mengenai kehilangan doktor yang paling disayanginya dan keluarga bernama Zarina Bibi.

Masakan tidak, dianggap sebagai doktor kesayangan kerana banyak menabur budi terhadap keluarganya.

Iklan
Iklan

Lebih menyedihnya, kongsi Norman melalui satu posting khasnya di Instagram, doktor berkenaan merupakan figura hebat yang bertanggungjawab menyambut kelahiran keenam-enam orang anaknya.

Iklan

Pada masa sama, Norman yang turut menganggap Allahyarhamah Dr Zarina Bibi saling tak tumpah seperti ibu kandungnya dan sempat mengajar Norman membuat air selusuh khusus untuk isteri sebagai ikhtiar bagi memudahkan proses melahirkan bayi.

Pelakon berusia 44 tahun itu juga sempat berkongsi bahawa perbualan terakhir mereka berdua pada bulan Februari lalu sewaktu bayi bongsunya menerima rawatan. Namun demikian, tanpa diduga itulah detik terakhir pertemuan mereka.

Iklan

Sementara itu, isterinya, Memey Suhaiza turut mendedahkan Dr Zarina memiliki kepribadian yang sangat baik dan sentiasa membantunya sepanjang proses bersalin anak-anaknya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah dari kami di SinarPlus.