Tiga sahabat kongsi hobi ‘rare’, lakon semua momen perang buat tontongan generasi akan datang

Iklan
Tiga sahabat kongsi hobi ‘rare’, lakon semua momen perang buat tontongan generasi akan datang

WALAUPUN mempunyai latar belakang dan umur yang berbeza, namun bagi tiga rakan yang mempunyai minat mendalam perkara yang sama, iaitu ‘sejarah peperangan di Malaysia’, menjadikan mereka rapat.

Malah apa yang menjadikannya lebih menarik, mereka juga mengumpulkan gambar, video dan juga ‘tanda kenangan’ atau barang-barang dari zaman dahulu dan ada kalanya atas permintaan, mereka akan melakonkan semula momen sejarah, demi kepentingan pendidikan dan juga rujukan generasi masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, bagi Rizal Md Misrom, kecintaannya terhadap sejarah bermula sejak beliau di Tingkatan 2.

Iklan

Rizal berkata, seorang rakannya pernah memberitahu mengenai terdapatnya rangka sebuah kapal terbang Jepun yang ditembak jatuh semasa Perang Dunia Ke-2, di ladang kelapa sawit di Batu 25 Kulai, berhampiran dengan tempat tinggalnya ketika itu.

Iklan

Bapa kepada empat orang anak itu sehingga kini telah mengumpulkan lebih 100 barangan termasuk uniform tentera, sarung topi keledar, bahagian bayonet asal, sebahagian manual kapal terbang Jepun, topeng muka gas British yang digunakan sewaktu perang Dunia Ke-2 dan banyak lagi.

Bagi Mohd Shafie Abd Latiff pula, minatnya terhadap sejarah bermula sejak dulu lagi, namun hanya dapat dilakukan secara serius sejak tahun lepas, selepas bersara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketika mengingat kembali, lelaki berusia 43 tahun berasal dari Buloh Kasap di sini berkata, dalam peperiksaan biasanya hanya mata pelajaran Sejarah sahaja yang beliau akan dapat markah penuh dan tidak pada mata pelajaran lain.

Aisyamuddin Abd Latip, yang paling muda dalam kalangan tiga rakan baik itu berkata, beliau berharap lebih ramai generasi muda untuk mengikut jejak langkahnya, mencintai sejarah negara dan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Aisyamuddin yang mengenakan uniform tentera Jepun ketika bertemu Bernama, juga mengambil masa untuk melakonkan semua beberapa babak bersama Rizal, berlatarbelakangkan pertempuran Buloh Kasap yang terjadi ketika Perang Dunia Ke-2.

Ketiga-tiga mereka merupakan ahli kumpulan melakonkan semula ‘We are Reenactors (WAR) Malaysia Recruiting Center’, yang mana Facebook mereka sehingga kini telah mendaftarkan lebih 600 ahli.

Kesemua mereka mempunyai harapan yang sama, iaitu mendapat peluang untuk melakonkan semula momen bersejarah seperti peperangan, untuk kepentingan generasi masa hadapan.

Bagi Mohd Syafie, lakonan semula di Malaysia pada kebiasaannya dianjurkan ketika Perbarisan Merdeka dan acara penting.

Bagaimanapun beliau mendakwa beberapa elemen digunakan dalam ‘persembahan’ seperti pakaian yang dipakai pelakon itu, tidak berapa tepat.

BERNAMA