Tugu Negara frontliners ilham pensyarah seni UMK menyentuh perasaan

Iklan
Tugu Negara frontliners ilham pensyarah seni UMK menyentuh perasaan

SEPANJANG menjalani tempoh ‘berkurung’ di rumah, pelbagai aktiviti dilakukan oleh orang ramai untuk mengisi masa ketika berada di rumah.

Antara yang mencuri tumpuan warga media sosial hari ini adalah lukisan petugas barisan hadapan dalam komposisi berbentuk Tugu Peringatan Negara (Tugu Negara).

Iklan
Iklan

Namun, apa yang membezakan, lukisan tugu negara tersebut diubah kepada tujuh petugas barisan hadapan yang kini dianggap sebagai barisan hadapan hero negara lengkap dengan sut perlindungan bagi menangani wabak Covid-19.

Lukisan kreatif yang membawa 1001 makna tersebut dihasilkan oleh Pensyarah Seni Halus, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Haris Abadi Abdul Rahim yang tular di laman sosial dan mendapat perhatian ramai.

Iklan

Antara yang turut berkongsi lukisan itu di laman sosial ialah anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Iman Afzan.

Lukisan itu dilihat penuh makna dan sangat kreatif. Maka tidak hairanlah Haris Abadi juga pernah memenangi beberapa anugerah dalam seni kreatif.

Iklan

Memetik laporan yang disiarkan oleh satu akhbar tempatan, Haris Abadi berkata, ilham menghasilkan lukisan itu bermula selepas beliau mengikuti berita terkini mengenai Covid-19 dan terfikir mengenai pengorbanan petugas barisan hadapan yang terpaksa meninggalkan keluarga demi negara.

"Secara tiba-tiba, saya terfikir dengan pengorbanan mereka yang bergadai nyawa menyelamatkan negara. Saya juga terfikir bagaimana caranya dapat menyumbangkan sesuatu.

"Menggunakan komposisi Tugu Negara yang berfungsi sebagai simbol ‘pengorbanan’, saya mula melukis dengan niat untuk menyumbang harapan dan semangat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkongsian asal lukisannya di laman sosial, Haris Abadi memuat naik satu status dengan caption:

"Selamat pagi. Cukup seminggu kuarantin. Terima kasih kepada para hero barisan hadapan negara yang bergadai nyawa! #salute #frontliners #covid19 #stayhome.”