Bahaya tidur dalam kereta walaupun dengan aircond terpasang

Iklan
Bahaya tidur dalam kereta walaupun dengan aircond terpasang

SUDAH banyak kes melaporkan kematian berpunca tidur dalam kereta.

Terbaru, semalam dilaporkan empat sahabat yang baru pulang bercuti di Pulau Jerejak kelmarin berakhir duka apabila tiga daripada mereka maut dipercayai lemas akibat terhidu karbon monoksida ketika berehat di dalam kereta awal pagi semalam.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_20822" width="1024"] Seorang lagi rakan mereka yang kritikal masih dirawat dalam ICU. - Foto FB Wan Elee[/caption]

Dalam kejadian jam 1.40 pagi, keempat-empat penuntut jurusan farmasi itu dikatakan sedang berehat di dalam kereta di kawasan parkir stesen minyak di Sama Gagah, Pulau Pinang, sebelum eneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun.

Iklan

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa perkara bagaimana ia boleh berlaku dan mengapa amalan tidur di dalam kenderaan boleh mengundang risiko membabitkan nyawa.

1. Kegagalan sistem ekzos

Iklan

Sekiranya fungsi mekanikalnya tidak sampai ke tahap standard, potensi kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan boleh berlaku sementara seseorang itu tertidur.

Apabila itu terjadi, ia mampu mengurangkan tahap oksigen di dalam kereta. Jika seseorang sedang tidur dalam perut kenderaan, pastinya tanpa disedari ia boleh mengundang kematian kurang dari sejam.

2. Karbon monoksida meningkat

Perkara utama yang perlu diperhatikan ialah pengumpulan karbon monoksida (CO) yang boleh disebabkan oleh kebocoran dari ekzos itu. Kegagalan fungsi sistem ekzos juga menyebabkan tertumpunya CO yang akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

Paras oksigen berkurang menyebabkan seseorang itu sesak nafas atau tentunya sukar untuk bernafas. Itu boleh menyebabkan seseorang lemas.

Artikel berkaitan: 10 cara atasi mengantuk selepas makan tengah hari.. nombor 7 tu ‘rare’

3. Penurunan paras oksigen dalam darah

Peningkatan tahap CO di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Darah yang membawa lebih banyak CO boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba atau kematian mengejut (sudden death)

4. Jika tingkap dibuka?

Satu lagi kesalahan yang umum dalam kalangan orang ramai ialah membuka tingkap kereta atas alasan bagi mewujudkan sistem pengudaraan yang mencukupi di dalam kereta.

Walaupun dengan tetingkap kereta terbuka, CO akan berkumpul di paras yang lebih rendah, menyebabkan tahap oksigen di dalam darah akan diturunkan. Seterusnya itu mengakibatkan kehilangan cecair badan dan air. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

5. Bagaimana CO mampu membunuh?

Apabila dihidu, CO meresap ke dalam saluran darah dan bergabung dengan hemoglobin, molekul yang berperanan membawa oksigen (O2) ke seluruh badan. Gabungan O2 dengan hemoglobin dipanggil oxyhaemoglobin dan CO dengan hemoglobin dipanggil carboxyhaemoglobin.

Menurut myhealth, jika kandungan CO dan O2 sama di dalam badan, hemoglobin lebih tertarik untuk bergabung dengan CO. Apabila semakin banyak CO bergabung dengan hemoglobin, maka kandungan O2 dalam tisu badan berkurang yang menyebabkan seseorang itu boleh mati disebabkan oleh sesak nafas.

Berbeza dengan sesak nafas yang menyebabkan badan menjadi biru, keracunan CO menyebabkan badan merah atau merah jambu. Ini adalah simptom biasa keracunan CO yang membezakan ia daripada kes sesak nafas yang lain.

Antara masalah untuk mengesan keracunan CO adalah kerana gas CO tidak berwarna, tiada rasa dan bau serta tidak menyakitkan. Kesukaran untuk mengesan keracunan CO menyebabkan mangsa tidak sedar dia sedang mengalami keracunan.

90 peratus simptomnya adalah rasa pening, letih, kabur pandangan yang kemudiannya membunuh mangsa secara senyap.

SinarPlus ucapkan salam takziah kepada keluarga Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Safwan moga banyak-banyak bersabar hadapi dugaan ini.