Tip elak mekap cair walau pakai pelitup muka

Iklan
mekap

SEPERTI yang kita sedia maklum bermula pada 1 Ogos lalu, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi memerangi penularan virus Covid-19.

Pun begitu, susulan arahan terbabit segelintir wanita menzahirkan keresahan kerana beranggapan tidak lagi berpeluang bersolek mampan selepas ini.

Iklan
Iklan

Ini disebabkan mereka bimbang pemerah pipi, gincu, krim asas dan krim kontur yang dirias pada wajah melekat pada topeng muka.

Persoalannya, siapa kata apabila memakai mask  wanita tidak boleh bersolek? Tepis persepsi sedemikian kerana kita masih boleh tampak cantik dan menawan dengan mempraktikkan tip ideal.

Iklan

Menurut Perunding Imej dan Penata Gaya Hijab, Azlia Idha, terdapat pelbagai cara terbaik untuk mengatasi masalah solekan melekat pada mask.

[caption id="attachment_20964" width="1024"] AZLIA (gambar kecil) menyatakan wanita masih boleh bersolek dan tampil cantik walaupun memakai pelitup muka.[/caption]

Iklan

"Satu kaedah yang paling mudah dan efektif adalah dengan menggunakan setting spray atau fixing spray.

"Caranya, selepas selesai merias sembur setting spray jenama pilihan pada keseluruhan wajah. Biar ia kering seketika, sebelum memakai topeng muka.

"Jangan bimbang kerana setting spray berkenaan tidak akan menyebabkan mekap cair (luntur)," katanya dalam laman sosial peribadi Facebook hari ini.

Secara ringkasnya, setting spray berfungsi membantu mengekalkan solekan wajah tahan lama terutamanya kulit yang cepat berpeluh atau berminyak.

Dari segi kandungan, kebanyakan setting spray diperbuat daripada bahan-bahan yang bersesuaian dengan kulit wajah. Bagaimanapun, jangan tersalah membeli ya kerana setting spray dan finishing spray adalah item berbeza.

[caption id="attachment_20965" width="1024"] SETTING spray membantu mengunci solekan kekal lama biarpun memakai topeng wajah bagi memerangi Covid-19.[/caption]

Biarpun fokus utama adalah untuk mengunci mekap agar tahan lama, tetapi fungsi setting spray lebih kepada memastikan solekan 'tidak bergerak' dari tempat posisi.

Sementara itu, finishing spray pula bertindak memberikan kesegaran pada solekan khususnya bagi memiliki kulit sensitif.

Artikel berkaitan: Pelitup muka punca muka berjerawat. 3 tip mudah ini boleh membantu

Bagaimanapun, golongan wanita sentiasa dinasihatkan supaya tidak bersolek terlalu tebal terutamanya penggunaan krim asas. Inisiatif itu bagi mengelakkan berlakunya pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.