Kempen kesedaran autism, tayangan filem dan bazar khas di GSC

Iklan
Filem The Specials - Autism

GOLDEN Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) meneruskan usaha menggunakan platform dimiliki untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autism menerusi kempen terbaharu mereka, We Are All Special.

Kempen tersebut dimulakan dengan pelancaran filem Perancis, The Specials, bertemakan austism yang akan ditayangkan kepada umum bermula 24 September di 23 pawagam terpilih GSC seluruh negara termasuk Aurum Theatre.

Iklan
Iklan

Sebagaimana kempen terdahulu melibatkan filem bertema sama seperti Redha yang ditayangkan pada tahun 2016 dan The Wayang Kids (2018), setiap RM1 daripada jualan tiket filem The Specials yang berharga RM15, akan disumbangkan kepada badan amal dan persatuan austism terpilih di seluruh negara.

Badan korporat dan pihak yang berminat untuk menyertai kempen itu juga boleh berbuat demikian dengan menempah dewan dan menganjurkan tayangan amal filem berkenaan.

Iklan

Bersempena kempen tersebut juga, GSC turut menganjurkan Bazar Amal Autism yang menampilkan hasil seni golongan autism dari Autism Café Project (ACP) pada 27 September hingga 4 Oktober depan.

Manakala pameran karya seni daripada Seniman Austime Malaysia pula pada 27 September hingga 7 Oktober.

Iklan

Kedua-dua aktiviti tersebut bakal berlangsung di Aurum Theatre di The Gardens Mall, Mid Valley.

Istimewanya, GSC turut menghasilkan T-Shirt eksklusif dengan slogan We Are Special yang dijual di bazar amal terbabit dengan harga RM29.90. Setiap RM1 daripada penjualan akan disumbangkan kepada badan amal autism terpilih.

[caption id="attachment_20990" width="1024"] Antara babak menarik The Specials[/caption]

The Specials, inspirasi daripada kisah benar

Filem The Specials arahan pengarah terkenal Perancis, Olivier Nakache dan Éric Toledano yang pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2019 itu mengangkat sebuah kisah yang diinspirasikan daripada kisah benar melibatkan golongan austim.

Filem itu membawa penonton ke dunia Bruno dan Malik, di mana masing-masing terlibat dengan kerja sosial menjaga kanak-kanak dan remaja autism.

Menerusi organisasi tidak berasaskan keuntungan milik mereka, The Hatch dan The Shelter, mereka cuba membantu dan melatih anak-anak autism untuk hidup berdikari.

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kekurangan dana dan campur tangan daripada pihak tertentu, Bruno dan Malik tekad dengan misi mereka untuk membantu golongan tersebut.

Tampil dengan jalan cerita cukup menarik, The Specials menampilkan kisah tentang persahabatan, tekad dan hubungan yang sangat indah dengan golongan istimewa itu.

Penceritaan yang sampai di hati penonton, sekali gus memberi gambaran sebenar tentang cabaran menguruskan mereka.

Jangan ketinggalan menonton filem tersebut di pawagam berhampiran anda sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran autism.

INFO THE SPECIALS

Filem: The Special

Bahasa: Perancis

Klasifikasi: P13

Genre: Drama/komedi

Durasi:  1 jam 54 Minit

Tarikh Tayangan: 24 September 2020

Pengarah: Olivier Nakache, Eric Toledano

Pelakon: Vincent Cassel, Reda Kateb, Helene Vincent dan Bryan Mialoundama.

Bintang: 4 daripada 5