BERITA baik buat golongan wanita, tanpa perlu bergantung pada set kosmetik atau melakukan prosedur kecantikan semata-mata korang masih berpeluang kelihatan awet muda.
Cara terbaik adalah dengan menikmati buah-buahan khususnya buah naga.
Seperti namanya, buah berbentuk eksotik itu mengandungi 1,001 khasiat bermanfaat untuk kesihatan.
Pada masa sama, selamat dinikmati baik wanita hamil mahupun yang sedang menyusu anak.
Segmen Sihat Cantik kongsikan khsiat buah naga.
1. Melambatkan proses penuaan
Buat mereka yang tampak muda walaupun telah berusia buah naga adalah pilihan sesuai.
Antioksida dalamnya membantu menganjalkan dan melembutkan kulit wajah termasuk bertindak melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
2. Mencegah kanser
Selain dari vitamin C, buah ini juga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen antikanser.
Lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah tersebut menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat.
3. Kesihatan jantung
Ia mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol ‘baik”.
Kajian menemui pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.
4. Kencing manis
Kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membantu menstabilkan paras gula. Ia juga mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.
[caption id="attachment_21003" width="1024"] BUAH naga bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh badan, malah membuatkan kulit wajah anjal dan mulus.[/caption]
5. Penghadaman
Serat buah naga membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh, sekali gus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.
6. Meningkatkan imuniti tubuh
Kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu meningkatkan paras imuniti tubuh badan.
7. Tulang sihat
Jika korang tidak gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium, amalkan buah ini kerana kandungan kalsium yang tinggi serta bebas lemak.
Pun begitu, pernahkah mengalami situasi selepas makan buah naga, air kencing dan najis menjadi merah seperti mengalami pendarahan?
Adakah ia merbahaya? Semestinya, tidak!
Buah naga yang berwarna merah kaya dengan sejenis pigmen dikenali betalains.
Elemen berkenaan merupakan punca berlakunya air kencing dan najis berwarna merah.
Sumber: Public Health Malaysia