"SETIAP kali kami sekeluarga keluar makan di luar, anak saya yang berusia tujuh tahun pasti akan pesan teh tarik sebagai minumannya."
Itu pengakuan seorang ibu yang juga suri rumah sepenuh masa, Siti Nafira Mohd Nasir, 35, kepada SinarPlus baru-baru ini.
Kata Siti Nafira, anak tunggalnya, Arid Hadif Mustaqim Norhakizan memang peminat nombor satu teh tarik selain sangat gemar dengan makanan manis.
Tatkala ditanya bagaimanapun kesihatan Arid Hadif setakat ini, dengan nada tanpa kerisauan beliau berkata: "Dia okey, belum ada masalah kesihatan yang kronik, tetapi ada sejarah karies gigi saja. Sekarang beratnya sudah cecah 30 kilogram (kg).
Mendengarkan kenyataannya itu, penulis berkongsi pengetahuan tentang berat ideal seorang kanak-kanak berusia 7 tahun adalah 23kg seperti yang disyorkan Direktorat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Amerika Syarikat.
Pun demikian, kata wanita itu, kadangkala beliau ‘kalah‘ dengan permintaan anak kesayangannya itu.
"Ya lah, semua ibu tak sampai hati kalau anak minta itu dan ini, lebih-lebih bab makan dan minum. Nampaknya, dalam hal ini, saya perlu bertegas demi kesihatannya. Anak saya masih kecil. Lagipun lebih baik mencegah daripada mengubati," katanya.
Ujar Siti Nafira lagi, bukan sahaja beliau perlu menitikberatkan soal pemakanan Arid Hadif, beliau sendiri perlu menjaga dirinya. Masakan tidak, keluarganya mempunyai sejarah penyakit kencing manis.
"Gula merupakan musuh manusia nampaknya. Penting untuk saya jaga soal makan dan minum dan fokus saya semestinya pada anak yang semakin membesar," katanya.
APA KATA ORANG RAMAI
- Mohd Farhan Hariri, 27, Bekerja sendiri
- Siti Faireen Ahmadi, 37 , uri rumah
- Mohammad Nor Anwar Mohd Sabri, 24, Peguam Syarie
- Lim Zee Hui, 21, Pelajar