AIR mata kegembiraan Francisca Luhong James tumpah membasahi pipi tatkala namanya diumumkan memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2020 pada awal September lalu.
"Sukar untuk menterjemahkan perasaan saya ketika itu (hari kemenangan). Terkedu, sebak dan teruja semuanya hadir serentak, namun saya bersyukur dengan hadiah istimewa tersebut.
Iklan
Iklan
"Pun begitu, di sebalik rasa manis yang dialami secubit kebimbangan turut menerpa memandangkan tugas saya semakin bertambah," luah beliau yang mesra membahasakan dirinya Fran ketika ditemui SinarPlus di pejabat Organisasi Miss Universe Malaysia di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.
Apa yang dimaksudkan tugas beliau bertambah?
Jom ikuti perkongsian lanjut beliau bersama SinarPlus dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Bahana Minum Teh Tarik Berlebihan dan Aura P Ramlee Dalam Istana Sangkut.
Artikel Berkaitan