NAMPAKNYA, bertubuh langsing dan kurus bukan jaminan seseorang itu boleh bersenang hati. Jika tidak dikawal bimbang menjejaskan kesihatan pada kemudian hari.
Inilah yang dilakukan oleh pelakon, penyanyi dan pengarah, Liyana Jasmay. Beliau mengambil inisiatif mengubah corak pemakanan meskipun memiliki fizikal yang sememangnya menjadi impian ramai wanita.
Selepas 23 hari mengamalkan diet tanpa karbohidrat dan gula, wanita berusia 32 tahun itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram (kg). Wow!
Menariknya, Liyana melakukannya dengan mengamalkan pemakanan sihat berbanding bergantung pada pengambilan pil kurus.
"Hasilnya selepas 23 hari amalkan diet tanpa karbohidrat dan tanpa gula. Misi saya adalah untuk mencapai berat badan sebanyak 49kg.
"Gembira sangat kerana lagi 0.3kg je nak sampai target. Daripada 53kg kini berjaya turun kepada ini (49.3 kg)," tulisnya pada kapsyen sekeping foto yang memaparkan bacaan penimbang berat badan dalam sosial Instagram @liyanajasmay hari ini.
[caption id="attachment_21197" width="1024"] DEMI kesejahteraan diri sendiri dan anak-anak, Liyana mengambil inisiatif diet secara sihat tanpa gula dan tanpa karbohidrat untuk mencapai berat ideal 49kg.[/caption]
Menurut ibu kepada Sofia Arissa Mohd Fathuddin dan Selena itu kejayaan manis berkenaan dicapai tanpa bantuan pil atau suplemen.
"Pada mulanya memang mencabar yang mana hari kelima saya pening dan menggigil. Namun begitu, saya teruskan juga.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Bersatu tersebut turut berkongsi beberapa tip ringkas tatkala menjawab soalan para pengikutnya.
Antaranya ialah:
- Bagi mengelakkan kepala pening dan badan menggigil Liyana mengawalnya dengan menikmati coklat rendah lemak, karbohidrat dan gula.
- Biasanya sarapan beliau menikmati sajian telur hancur dan memperbanyakkan sayur.
[caption id="attachment_21201" width="1024"] SELEPAS mengamalkan diet sihat tanpa gula dan karbohidrat ibu anak dua ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam tempoh 23 hari.[/caption]
- Sementara itu, menu daging atau ayam bersama salad pula menjadi pilihannya pada makan tengah hari.
- Makan malam diambil sebelum pukul 6 petang bagi mempercepatkan lagi proses turun berat badan.
Foto: Instagram @liyanajasmay