Naik basikal, kalau kemalangan dengan kereta boleh sebabkan kecederaan otak

Iklan
Naik basikal, kalau kemalangan dengan kereta boleh sebabkan kecederaan otak

BERBASIKAL adalah aktiviti fizikal yang menyihatkan.

Tidak dinafikan tren berbasikal kalangan masyarakat kita kini tidak kira tua atau muda, masing-masing berlumba-lumba melakukan senaman yang sememangnya baik untuk kesihatan itu.

Iklan
Iklan

Oleh itu, pihak Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai yang kini menjadikan berbasikal sebagai hobi supaya kayuh dengan berhemah.

Iklan

Di negara kita, masih tidak banyak laluan khas untuk basikal, oleh itu penunggang basikal perlu berhati hati.

Iklan

Tahukah anda, jika berlaku kemalangan dengan kereta, 40 peratus mangsa akan mengalami kecederaan kepala termasuk kecederaan otak yang serius.

Jika kita mengayuh mengikut peraturan di bawah, ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko kemalangan. Antaranya:

Pakai pakaian yang terang

Penunggang basikal dinasihatkan memakai pakaian pantul cahaya ketika berbasikal pada waktu malam atau pakaian yang berwarna cerah seperti warna putih bagi memudahkan pengguna jalan raya lain melihat mereka.

Artikel berkaitan: Filem Disney hebat bakal ditayangkan sepanjang Oktober 2020

Guna topi keledar

Elemen penting dalam setiap sukan dan aktiviti ialah keselamatan diri sendiri. Helmet wajib ada dan dipakai setiap kali hendak berkayuh. Tidak kira taman , kawasan rumah dan kawasan yang anda kayuh ianya wajib memakai helmet.

Elak melawan arah

Berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.

Jangan mencelah-celah

Jangan mencelah-celah di antara kenderaan.

Jangan berbasikal di tengah jalan

Ketika berbasikal cuba untuk tidak ketepi dan ketengah jalan.

Guna isyarat tangan untuk membelok

Berilah isyarat jika anda mahu membelok ke kanan atau kekiri menggunakan

tangan. Ianya senang dilihat pemandu lain.

Berhenti di lampu isyarat

Berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Jangan main langgar sahaja lampu isyarat.

Berbasikal dalam satu barisan bukan segerombolan

Berbasikal secara bersaing, ia sangat bahaya.

Jadi, kayuhlah dengan berhemah. Ingatlah orang tersayang!

Sumber: Public Health Malaysia