Jika anda selalu senggugut yang kronik atau heavy period… rujuklah doktor segera

Iklan
Jika anda selalu senggugut yang kronik atau heavy period… rujuklah doktor segera

MASALAH period atau haid tidak teratur sering menjadikan kita pening kepala kan?

Tambah lagi, setiap bulan ketika waktunya kita terpaksa menanggung kesakitan senggugut yang teramat sangat, sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap hari. Ditambah pula dengan  alirannya yang terlampau 'heavy' berhari-hari.

Iklan
Iklan

Walaupun tidak berkongsi secara umum tetapi mereka yang mengalami keadaan itu pastinya risau dan tertanya-tanya adakah ia membahayakan atau pun tidak.

Jika anda salah seorang yang mengalami simpton di atas, silalah segera berjumpa doktor. Jangan takut.

Iklan

"Khas untuk sahabat wanita. Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan.

Iklan

Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy.

Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang.

Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan...

Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa doktor.

Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.

Sehinggalah pada Ramadan (2017) saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras.

Artikel berkaitan: Rajinkan diri makan ulam-ulaman.. ini 8 jenis ulam popular, rugi tak cuba

Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya  jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat  pertama kalinya.

Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah Cyst.

Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui  jawapan ini. Mood saya memangke laut, hanya menyediakan pakaian baru untuk anak- anak sahaja.

Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa  dilupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat  turun mendadak kerana takut dan risau.

Alhamdulillah tiga minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya.  Keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan  bersyukur pada yang Esa.

Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan doktor, saya seperti  wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.

5 September 2017 saya masuk wad, dan esoknya operasi secara Laparoscopic  untuk membuang cyst.

Doktor juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa ‘open bedah’.  Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya  redha apa sahaja yang terbaik.

Tapi saya bersyukur  semuanya berjalan lancar dan dua Cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi.

Usai operasi, doktor menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar Cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila doktor sarankan untuk hamil lagi.

Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah doktor segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya.

Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Jumpa doktor segera sekiranya mengalami empat simptom berikut:

1. Heavy period.

2. Senggugut kronik.

3. Sukar hamil.

4. Period yang tidak teratur.

Ini juga senarai makanan yang perlu dimakan dan perlu dijauhi jika menghidap Endometrioma / Endometrosis:

(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang Cyst juga perlu jaga pemakanan)

1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (pucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)

3. Kurangkan makan ayam daging (sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)

4. Banyakkan makan ikan.

5. Banyakkan makan sayur.

6. Jauhi FAST FOOD

7. Elakkan makanan dalam tin.

8. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.

9. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.

10. Daging merah.

11. Ikan terubuk.

12. Ikan parang.

13. Siakap bela.

14. Manisan (kurangkan gula)

15. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.

16. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.

17. Ikan pari.

18. Ikan bawal hitam.

19. Jauhi makanan yang mengandungi Gluten ( Sejenis protein yang terdapat dalam produk-produk seperti gandum, gandum hitam, dan barley. Antara produk yang diperbuat daripada tepung - Roti, mi, dan pasta.)

20. Ikan keli

21. Ikan haruan.

22. Ibu gamat.

23. Frozen food.

24. Banyakkan makan buah-buahan tempatan jambu batu, nenas, betik, tembikai, buah naga dan lain-lain.

25. Jauhi minuman berkarbonat, minuman dalam tin, kotak, nescafe dan lain-lain.

26. Kurangkan pengambilan susu.

Saranan doktor:

Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.

(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan beberapa doktor dan juga kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)

Sumber lain: Dr Hamid Arshat.

[caption id="attachment_21318" width="1024"] Sarina bersama kawan baiknya, Irahazla[/caption]