MATTA perkenal pakej menarik pelancongan dalam talian

Iklan
‘Kaki pulau’ dah boleh pergi Semporna, ada pakej bajet khas untuk pelancong tempatan!

PERSATUAN Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bakal menganjurkan MATTA Fair Dalam Talian 2020 dari 23 hingga 30 Sept ini yang menawarkan pakej percutian domestik dan antarabangsa daripada 100 pempamer.

Memetik portal media tempatan, Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata, platform yang kali pertama diperkenalkan itu membolehkan ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan penyedia perkhidmatan pelancongan menjual pakej-pakej percutian terus kepada pengguna dengan memberi tumpuan kepada pelancongan domestik.

Iklan
Iklan

Pameran dalam talian berkenaan adalah satu inisiatif baharu MATTA untuk memenuhi kehendak pelancong Malaysia yang mencari percutian menarik seperti pengembaraan unik atau percutian keluarga melalui lebih 1,000 pakej percutian dan pelancongan menarik yang ditawarkan.

Iklan
Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MATTA Fair dalam talian di www.mattafaironline.com.my atau mengikuti laman Facebook dan Instagram, masing-masing di @mattafairkualalumpur dan @mattafair untuk maklumat terkini.