Setelah 7 yang menolak, akhirnya yang ke 8 jodoh suami

Iklan
Setelah 7 yang menolak, akhirnya yang ke 8 jodoh suami

OLEH: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

BAGI kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Iklan
Iklan

Namun, guru Sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Iklan

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Iklan

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang suaminya berpoligami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Artikel berkaitan: Saya masih ‘Budok Kuba’, kejadian ini penguat semangat saya untuk bangkit -Syukur

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.

Rosyilah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.

Tambah Rosyilah yang juga merupakan jurumekap artis sambilan berkata, beliau bersedia untuk berpoligami selepas membuat persiapan lebih awal sejak lima tahun lalu.