Cecah RM1.98 juta kutipan hanya untuk DDV1

Iklan
Cecah RM1.98 juta kutipan hanya untuk DDV1

LUAR biasa! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekod kutipan bidaan mencecah RM1.98 juta melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) melibatkan nombor siri pendaftaran kenderaan DDV.

Memetik laopran portal media tempatan, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, bidaan yang dibuka selama lima hari bermula 17 Sept lepas, melangkaui jangkaan sasaran awal iaitu RM1.5 juta dan ia merupakan kutipan tertinggi siri nombor pendaftaran semenjak JPJeBID diperkenalkan bagi Kelantan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, nombor pendaftaran DDV 1 mendapat bidaan tertinggi sebanyak RM250,000 yang melibatkan 11 pembida dan sehingga kini ia merupakan harga bidaan JPJeBID tertinggi bagi seluruh negara pada tahun ini.

Iklan

"Bilangan pengguna berdaftar dengan JPJeBid pada masa tarikh tutup siri adalah seramai 263,631 dengan melibatkan 1,909 pembida dan daripada jumlah itu hanya 963 pembida yang berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanif berkata, mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan.

Iklan

Jelasnya, baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum untuk dibeli oleh orang awam mengikut harga minima.