Hanya lebuh raya menjadi kawasan larangan ‘kayuh’- Bukit Aman

Iklan
Hanya lebuh raya menjadi kawasan larangan ‘kayuh’- Bukit Aman

AWAS pengguna basikal! Jangan berdegil! Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang, dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda atau diambil tindakan, jika sabit kesalahan.

Namun, aktiviti berbasikal hanya dilarang di lebuh raya tetapi masih dibenarkan di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Bandaran dan lain-lain jalan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, JSPT menasihatkan kepada penunggang basikal yang ingin menjalankan aktiviti berkenaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan demi menjamin keselamatan diri mereka serta pengguna jalan raya lain.

Iklan

Azisman berkata, oleh itu mana-mana individu yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya memuat naik status dalam Facebook yang mendakwa tindakan sekumpulan individu menunggang basikal di jejambat Rasah Kemayan di Seremban, Negeri Sembilan, boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beberapa gambar menunjukkan kumpulan penunggang basikal terbabit menggunakan laluan di tengah jalan raya yang sibuk di lokasi berkenaan, turut tular melalui media sosial.

Kini, aktiviti berbasikal semakin menambat hati dan perhatian rakyat Malaysia. Aktiviti berbasikal diadakan pada setiap hujung minggu menggunakan laluan mencabar seperti bukit, hutan dan tar.

Malah ramai selebriti dalam negara juga sering meluangkan masa dengan berbasikal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Alif Satar dan ramai lagi.

Begitu juga ahli politik dan menteri yang berbasikal sebagai medium untuk bertemu dan bergaul dengan rakyat.

Tak salah untuk nak berbasikal tapi perlu berhemah dan bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain.