KEPADA mereka yang mempunyai kawan-kawan dari Jepun, mesti kagum dengan tahap kebersihan dan disiplin mereka, bukan?
Bukan sahaja di kamar tidur malah dapur, bilik air mahupun beranda mereka pun memang teratur dan sentiasa nampak 'segar' dan selesa.
Negara mereka sendiri pun bersih giler! Ketika kunjungan SinarPlus ke Tokyo, Jepun berlibur beberapa tahun lalu, hampir tidak cuba secebis sampah. Memang kagum dibuatnya. Jangan sesekali cakap mereka OCD ya...
Ada yang kata rakyat dari Negara Matahari Terbit itu cerewet, namun perlakuan itu sebenarnya ada kaitan dengan kepercayaan terhadap agama mereka iaitu Shinto yang sangat menitikberatkan soal kebersihan.
Sejak kecil, anak-anak mereka telah diajar bahawa kebersihan adalah cerminan terbaik sebuah keluarga dan masyarakat.
Jom kita ketahui dan belajar sekali apa yang selalunya dilakukan oleh masyarakat Jepun dalam menjaga kebersihan di rumah mereka:
Sentiasa memakai selipar
Seperti orang Korea Selatan, pintu masuk orang Jepun akan disediakan selipar yang disusun cantik di rak. Selipar berkenaan akan dipakai setiap masa. Namun kalau ke tandas, kena guna selipar lain, ya.
Bukan sahaja di rumah, malah penggunaan selipar turut dilakukan di tempat kerja dan di sekolah-sekolah.
Tukar tuala setiap hari
-Setiap daripada ahli keluarga mereka biasanya mempunyai lebih daripada satu tuala. Tuala untuk tangan lain, sama juga untuk wajah dan badan. Bukan seperti kita yang mungkin akan tukar tuala seminggu sekali, tetapi setiap kali menggunakannya, mereka akan basuh dan menggantikan dengan tuala baharu. Paling tidak, mereka akan tukarkan setiap tiga hari sekali. Ini kiranya, kategori yang malas.
(Artikel berkaitan: Bagi rumah, elaun bulanan termasuk hadiah wang RM16,000 pun, budak-budak muda Jepun tetap berdegil tak mahu pindah)
Berus gigi, berkumur setiap kali makan
Kalau orang Melayu seperti kita akan mandi sekurangnya 2 kali sehari. Di Jepun, biasanya mereka akan mandi sekali sehari saja. Faham-fahamlah, Jepun negara 5 musim, meskipun cuaca panas, udaranya tetap sejuk! Biasanya selepas mandi, mereka akan berendam dalam tab mandi. Rutin itu dilakukan setiap hari. Selain itu, mereka juga akan mencuci tangan, berkumur sebelum dan sesudah makan serta memberus gigi tiga kali sehari. Era Covid-19 ini, mungkin mereka lebih teliti!
Cuci pakaian kotor setiap hari
Bagi orang Jepun, membiarkan pakaian kotor dalam bakul umpama satu perbuatan membiakkan kuman dan bakteria dengan sengaja. Jadi, itu sebab mereka akan memastikan pakaian kotor akan dibasuh tanpa gagal pada setiap hari, biasanya pada waktu malam. Kepada yang rajin, mereka akan basuh dua kali sehari. Memang rajinkan?
Sapu, lap dan mop bilik air, almari dan lantai
Kalau hari-hari cuci pakaian kotor, pastinya setiap sudut lokasi di rumah mereka akan dijaga sebaik-baiknya. Seperti biasa, selepas sesuatu kawasan/sudut digunakan mereka akan mensteril, membasuh atau mengelapnya.
(Artikel berkaitan: 3 rejim kecantikan amalan wanita Jepun, patutlah mulus dan berseri)
Melihat kepada sikap, sifat dan amalan masyarakat Jepun ini, mereka memang superbkan! Benda yang baik untuk ditiru, memang tiada masalah lebih-lebih lagi kalau ia membawa kebaikan.
Islam sendiri pun menggalakkan amalan kebersihan dalam kalangan umatnya. Memandangkan kebersihan ini sangat dituntut dalam Islam, jadikanlah ia satu budaya dalam kehidupan kita. Membudayakan amalan hidup bersih mesti bermula dari rumah.