Isteri hamil, Jehan Miskin bakal bergelar bapa

Iklan
JEHAN MISKIN

SELEPAS tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembirabakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.

Jehan, 41, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.

Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turun berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.

Iklan

Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Jehan Miskin)