KITA manusia tidak lari daripada pelbagai perasaan.
Ada yang sedang diuji kesedihan akibat gagal dalam peperiksaan, krisis percintaan, penceraian dalam rumah tangga, kehilangan orang tersayang, prestasi kerja merudum, menghidapi penyakit kronik atau rezeki zuriat dan sebagainya.
Memang terlalu banyak sebab yang boleh membuatkan kita berperasaan tidak tentu arah, putus asa dan kecewa sehingga kita rasa mahu waktu berhenti seketika.
Menghadapi semua perasaan itu ternyata bukanlah sesuatu yang mudah.
Jika tidak bijak menanganinya, ia boleh membawa kepada kemurungan dan stres yang berpanjangan.
Mari ikuti perkongsian Ashikin Hashim tentang bagaimana nak bangkit daripada kesedihan, kebencian, kemarahan, kemurungan mahu pun kegagalan?
Perkongsian beberapa tip tersebut adalah dari pengalaman beliau sendiri, kawan-kawan dan juga pembacaan.
1. Iktiraf perasaan kita
Bila kita rasa sedih, gagal, kecewa, kita kena akui kita manusia biasa. Nak menangis, menangislah. Iktiraf perasaan kita.
2. Cepat sedar dan cari jalan
Kita ada pegangan. Kita cepat-cepat sedar bahawa kesedihan mahu pun kegagalan tidak perlu berterusan sehingga kita tak boleh nak move on.
Cari jalan bagaimana nak menghadapi kesedihan atau kegagalan tersebut.
Artikel berkaitan: Cara masyarakat Jepun jaga kebersihan di rumah. Jom ikut cara mereka yang ‘superb’
3. Cari hikmah
Allah datangkan ujian pasti beserta dengan hikmah. Cari hikmah tersebut. Mungkin kegagalan ini membawa kita ke tangga kejayaan. Mungkin kesedihan ini menjadikan kita lebih masa untuk membuat sesuatu yang dulu terhalang.
4. Berdoa
Jangan putus doa. Allah cinta kepada hambaNya yang meminta dan mengharap.
5. Tahajjud
Cari cinta Allah pada sepertiga malam. Munajat kepadaNya. Menangis serta merintih. Berdoa pada waktu mustajab ini.
6. Keep busy
Sibukkan diri dengan perkara yang kita suka serta berfaedah. Contohnya buat kerja amal, bersedekah, tulis buku, buat kerja sampingan.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang dalam dilanda pelbagai perasaan.
Semoga bermanfaat!